Saturday, May 7, 2011

Jengkel

Hey..! Aku berjaya. Mengaplikasikan sedikit pengetahuan IT dalam kehidupan seharian. Aku berjaya buat blog. Walaupun aku tahu blog ni akan jadi gersang sebab konfirm aku takde masa nak menulis walaupun aku tahu, aku sebenarnya menaip dan bukannya menulis. Menulis menggunakan pen atau pensel. Tapi menaip bukan guna pen atau pensel. Ianya menggunakan papan kekunci. Keyboard lah sengal.!

Ok. Di sini aku nak cerita tentang beberapa makhluk yang aku tak berapa berkenan dekat laman sesawang Facebook. Tipulah kalau kau kata tak tahu apa itu Facebook. Lempang kang.!

1) The Rash



Apa kau update, semua dia komen. So far aku takde lagi kenal anyone yang macam ni. Tapiiiiii.. aku ada kenal orang yang ‘like’ status sendiri. Tak boleh blah betul..

"Hari ni rasa macam nak makan kat Kanna Curry House."
Lepas tu ‘like’ status sendiri. Jenaka betul lah. Apa-apa saje yang dia update, semua dia sendiri like. Takde orang lain nak like status kau ye nok? Kesian..


2) The Quiz Taker




Kau main kuiz, tak payah publish kat seluruh dunia boleh tak? Annoying okey.? Kau tahu apa itu annoying.? Annoying itu dalam bahasa melayu adalah menjengkelkan. Cuba kau tengok berak lembu semasa makan nasi. Atau pun bila kau dengar orang KL cuba loghat Penang walaupun apa yang dia cakap sepatah hanram buruk bunyi sangat-sangat.
Joanna just found out her Malay name is Salmah. Find out yours!
Sakit otak betul. Aku pun selalu jugak main kuiz-kuiz Facebook ni.. memang kadang-kadang kelakar.. tapi tolong la jangan publish every kuiz yang kau amik tu kat wall. Kan boleh skip? Ulangan ayat, ANNOYING BEBEH.!!


3) The Perasan CUTE

Ok. Ini takde gambar. Kau imaginasi sendiri lah macam mana makhluk tu perasan atau buat-buat comel walaupun sebenarnya cicak lemas dalam air sirap lagi tampan dari dia.

"TaK PaHaM beT0L aKu KenApA oRaNg sUkA SuKe tuLiS sTatuS pAkAi hUruF bEsAr KeciK."
Tak penat ke kau nak menaip nokk? Aku yang taip satu baris kat atas ni pun rasa nak naik hangin dah. Adakah untuk menampakkan kau comel? Tapi kau comel ke?
"1 lg org yg tulis stts pki byk sgt shtfrm mmg blh bt ak migrain & skt otak. Rs mcm nk lmpg2 jew dorg nie."
Apekah jew? Apekah ak? bongok tul. Apsal kau kedekut sangat nak tulis lengkap? Kena bayar ke kalau tulis status? Pada mereka yang update status via sms tu, mungkin la kau nak jimat. Tapi yang update pakai pc tu apa masalah kau? Sehari kau update status 8 belas juta kali. Lepas tu guna shortform letak "W" dekat hujung perkataan. Kau bajet comel ke tu.? Macam BONTOT okeh.!!


Aku sign out dulu. Emak aku sedang membebel. Sebab aku tak sembahyang maghrib lagi.

Bye.

7 comments:

  1. pacat! well done..keep it up!!!wah...ayat ko sgt berbahasa indah..wakakakakakaka

    ReplyDelete
  2. alamak..dah kenape..ade no matrik..ingat blog mase klas IT dulu ke..hampezzz....aku dh nak konvo pon..lepaskan itu no matrikkk.

    ReplyDelete
  3. Kau dah lupa? Aku bekas guru bahasa melayu, muzik dan komputer beberapa tahun yang lepas.

    Haruslah aku menggabungkan elemen IT, keindahan seni muzikal dalam pertuturan bahasa seharian.

    Terima kasih, ekceli aku malulah bila kena puji. Hahaha.!

    *Kau dah kenapa letak no kad pelajar.?

    ReplyDelete
  4. ape jadi ngn blog lama?
    btw. wut ever u say here, i couldn't agree more to it!

    yang like status sendiri tu mmg takleh blah!! yang gune pelbagai font size tu pon menjengkilkan!! owhhh..rasa nak lempang yang gune W pada setiap word!!! tension!!!

    ReplyDelete
  5. Ekceli, blog lama dah terdelete lepas tu tak ingat password dah. So, buat yang baru lah. *kali ini ada tulis password dalam planner diary.! Haha..

    ReplyDelete
  6. hahaha....u have planner diary? cute.

    ReplyDelete
  7. Kao dah kenal erti menaip...bagus! tak sia2 kao belajar tinggi2 setinggi bangunan lapan belas tingkat!!

    ReplyDelete